DENDANGAN LAGU-LAGU

Khamis, 1 Oktober 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

DI KESEMPATAN INI SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPAKAN SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI KEPADA MAK DI REMBAU, MAK MERTUA DI TAMPIN...SAUDARA MARA, EPAR DUAI...ANAK BUAH, SEPUPU SEPAPAT DI MALAYSIA MAAF ZAHIR BATIN...

Rabu, 12 Ogos 2009

Aniq,Damia,Aqil

3 Permata Hati.....

Selasa, 11 Ogos 2009

Berpindah Ke KUNMING ,China

Rezeki Anak Baru.... kami sekeluarga akan berpindah ke Consulate General Of Malaysia di Kunming, China
pada 01.09.2009 dimaklumkan oleh teman-teman consulate di Hong Kong kunming jauh lebih menarik berbanding Hong Kong dengan cuaca yang dingin dan taraf hidup yang rendah berbanding dengan Hong Kong.

Isnin, 10 Ogos 2009

Kelahiran Cahayamata Ke-3

Detik 12:24 mlm pada 07 Ogos 2009 tagisan bayi kedengaran diruang kamar bilik bersalinan di Hospital Canosa, Hong Kong....menandakan kelahiran bayi lelaki bernama Muhammad Aqil Ashraaf Bin Abdul Razak...

Ahad, 26 Julai 2009

Mai...la .. Rumah..

Teman jemput semua teman-teman di Malaysia untuk bertandang ke rumah den di Hong Kong.. rumah kecil aje...cukup untuk 4+1 beranak...

Ahad, 19 Julai 2009

Kaletah Aniq & Mia

Gambar along aniq dan kakak mia...

Khamis, 16 Julai 2009

Pemandangan dari The Peak

The Peak.. adalah suatu bukit yang tertinggi di Hong Kong di sana kita boleh melihat bandar hong kong...dari sudut atas....menarik...

Rabu, 15 Julai 2009

Disneyland Hong Kong

....kalau dah datang hong kong kalau tak pie.. disneyland....tak sempurnalah percutian anda ini kata sana macam-macam ada...

Rabu, 8 Julai 2009

KERETA KU....

Kat sini semua kereta mewah... kereta tak pernah tengok pun ado.... setakat posche parking bawah tangga je.... sebab lot parking kt sini mahal....den...klu nak tengok kereto den.... biaso jo.. family car...utk maso dopan...

Karaoke

Feewittttttt......tengok den karaoke, bakat semula jadi yang tak dapat disangkalkan....siapa berani marilah joint, bini den pun samo nyanyi meriah betol....ramai ada kat sini En Shidi, En Fadzle, Pn Rose, Pn Nurulz, Pn Zaliha, En Mustafa dan anak-anak semuanya.....tapi ada gambor den & isteri jo....hahahaha

Kepulangan Ku Dari Malaysia

Terkejut sungguh bila keluar isteri dan kawan-kawan menyambut kepulangan ku dari Malaysia.......Ingatkan isteri sorang yang datang, balik rumah naik teksi je.....anyway thanks everybody....

Ahad, 5 Julai 2009

BERHIJRAH KE HONG KONG

28 Disember 2008 merupakan detik penghijrahan saya dan keluarga ke bumi hong kong bagi memulakan kehidupan di negara asing...... , meninggalkan ibu, sudara dan rakan kerana menjunjung amanat negara.

Detik...detik penghijrahan dalam pesawat...

Sabtu, 4 Julai 2009

Salam Perkenalan

Alhamdullah.... akhirnya dapat juga membangunkan laman blog sendiri.... ini kerana kesibukan dengan tugas harian dan menjaga anak-anak yang masih memerlukan perhatian .... .... terima kasih buat teman-teman yang menantikan kehadiran blog ini..